Quantcast
Channel: OUR WONDERFUL SIMPLE LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 662

Resipi Puding Roti Kukus

$
0
0
Banyak benda nak cerita tapi kurang kesempatan hendak mengarang...
Hari ini nak ambil peluang ronda blog kawan-kawan dulu...
Rasanya lama tidak meninggalkan jejak di sana...
Terima kasih kerana sudi datang sini dan komen...
Akak sungguh menghargainya...

Jom layan  resipi mudah yang akak ambil dari internet.
Sangat mudah untuk dibuat dan yang penting tidak perlu membakar...
Ikutkan memanglah mudah tapi sifat kerajinan yang tiada memang jarang buat...
Kena buat lagi untuk membalas pinggan yang diberikan oleh jiran tetangga...
Teringin hendak mencuba pelbagai resipi puding roti...
Jadi untuk permulaan kita buat yang paling mudah terlebih dahulu...
Resipi ini juga untuk kemudahan anak-anak ibu yang pastinya kena kedapur bila besar nanti...
PUDING ROTI KUKUS  

Bahan-bahan

6 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.
 Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
Jomlah kita sama-sama buat puding roti kukus yang mudah ini bersama-sama...
Semalam masa akak buat tiada butter tidak mungkin itu alasan untuk tidak buat puding rotikan..
Pertama kali akak buat dulu guna bekas besar...
Resipi ini tidak banyak dapatnya jadi tidak nampak cantik...
Jadi kalau nak makan puas-puas kenalah tambah bahannya...
Ini entah apa namanya apam dewa kot!!
Dua apam ini akan menyusul kemudian kiranya Cho Zila rajin...
Terima kasihlah adik-adikku kerana tolong perangatkan kakakmu ini...
Periuk kukus kakakmu ini dah lama sangat berehatnya...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 662