Quantcast
Channel: OUR WONDERFUL SIMPLE LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 662

Tempat menarik untuk di lawati Hatyai/Songkhla

$
0
0
Entri yang hanya mengkompilasikan tempat menarik di Hatyai/Songkhla...
Mungkin boleh jadi rujukan untuk yang ingin melawat sana...
Jom kita terus terjah mana tempat yang boleh kita lawati kalau ke sana...
Mula-mula nak review tempat yang akak jelajah masa di sana...
1) Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai..

Tidak perlu untuk ke Bangkok untuk merasai membeli dari penjual di atas perahu..
Namun yang di sini tidaklah bergerak macam di Bangkok....
Jom layan entri akak pasal pasar terapung ini :-   Cho Zila di Pasar Terapung Klonghae
2) Chang Puak Champ untuk naik gajah

Untuk yang teringin merasai naik gajah dan berkawan dengannya...
Anak-anak akak tersenyum simpul lepas turuntu... 
Mintak nak naik lagi memang tidaklerkan sebab harganya agak mahal...
Jom layan cerita kami di sini :- Cho Zila di Chang Puak Camp
3) Masjid Jamek Songkhla

Boleh singgah ke masjid terbesar di wilayah Songkhla...
Kalau ada masa alangkah baiknya kalau dapat merasai bersembahyang di sini...
Bukan nak nikah satu lagi baru nak datang sini....
Jom layan cerita kami di sana :- Cho Zila di Masjid Jamek Songkhla
4) Wat Phranom Laen Kho

Teringin nak tengok orang tidur tanpa hirau panas dan hujan datanglah sini...
Hendak mandikan dia pun boleh tahan susah jugakan...
Anyway jom baca kalau berminat :- Cho Zila meninjau sini
Hanya gambar dari Pulai Ko Yo di :- Cho Zila hanya melawat
5) Tang Kuan Hill Lift Station

Pemandangan bandar Songkhla dari Bukit Tang Kuan...
Dari sini boleh nampak Tasik Songkhla dan laut apa tah ...
Memang seluas mata memandang jika dari atas sini...
Boleh juga manggakan cinta anda di sini...
Jom baca kisah di Tang Kuan Hill :- Cho Zila tidak sempat manggakan cinta
6) The Great Serpent 'Nag'

Ini di sekitar Pantai Samila...
Yang ini kepalanya, rupanya badan dan ekornya ada di tempat berlainan..
Jadi kenalah cari kalau berminat...
Jom baca kisah kami :-Cho Zila menjinakkan naga
7) Patung duyung emas

Masih di sekitar Pantai Samila..
Tidak sahlah percutian ke sini tidak bergambar di sinikan...
Jom layan juga kisah kami di sini :- Cho Zila dengan duyung seksi
8) Patung kucing dan tikus...

Masih di Pantai Samila..
Cerita di blog akakpu gabungkan semua cerita Pantai Samila...
Nak tau kisah dongeng kenalah baca cerita akak...
Jom baca kalau sudi ;- Cho Zila leraikan kucing dan tikus bergaduh

Banyak lagi tempat menarik yang akak tidak sempat pergi...
Jadi di sini disenaraikan antara tempat yang boleh kita lawati kalau ke sana...
Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau ke sana lagi :-

1) HATYAI MUNICIPAL PARK
Sebenarnya di sini ada banyak tokong , jadi abaikan yang itu..
Tapi majlis di sana pandaikan di tambahkannya penyeri lain sebagai tarikan..
Jadi mudahkan kita pergi satu tempat sudah boleh pergi ke banyak tempat menarik yang lain...
Jom baca pengalaman kawan blog kita di sini :- Juliajohari di Hatyai Municipal Park

a) Ice Dome ~
Antara tempat yang akak teringin nak pergi..
Tapi masa pergi haritu terlupa nak bertanya pada ejen...
Jom baca pengalaman adik JM akak di sana :- Jarimanis di Hatyai Ice Dome

b) Hatyai Cable Car ~
Ikutkan JM tidaklah teruja sangatkan...
Tapikan untuk akak yang belum tinggalkan jejak...
Bacalah pengalaman adik manisni :- Jarimanis di Hatyai Cable Car

c) Art Gallery ~
Ini akak baru tahu masa nak survey buat entri ini ..
Nampak menarik mungkin boleh pergi ...
Jom baca :- Hatyai magic eye 3d meseum

d) Planetarium ~
Tempani jarang pulak akak tengok kat blog kengkawan...
Jom baca yang sini ada cerita sikit-sikit :- tlchua dan planetarium

2) SONGKHLA
Rupanya ada banyak juga tempat menarik di sekitar Songkhla..
Jom baca blog kawan kitani :- Tempat menarik sekitar Songkhla

a) Zoo Songkhla ~
Pengalaman haslizalizz di Zoo Songkhla memang buat akak rasa seronok pulak...
Jom baca mana tau ada yang suka :- haslizalizz di Zoo Songkhla

b) Muzium Songkhla ~
Mencari juga apa yang menarik di Muzium Songkhlani ..
Maalumler haritu sampai tapi tutup ..
Ada satu entri kalau berminat :- adahsyafiah @ National Museum Songkhla

c) Akuarium Songkhla ~
Yang ini juga akak teringin sangat nak pergi..
Rupanya hari isnin akuarium ditutup..
Melepaslah akak nak pergi ke sana...
Memang best jom baca di sini:- azaleania@ Songkhla Aquarium

Semenjak ada anak ini kenalah cari tempat menarik untuk dilawati...
Dulu-dulu akak datang Hatyai hanya datang untuk makan dan bershopping...
Sekarangni kalau 3 hari hanya makan dan bershopping manalah larat budak-budaktu..
Jadi kenalah cari mana yang boleh isikan masa terluangkan...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 662