Quantcast
Channel: OUR WONDERFUL SIMPLE LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 662

Masjid dan Kuil

$
0
0
Seperti biasa entri akan banyak walaupun hanya pergi ke Hatyai...
Jadi pening kepala nak cerita apa pulak entrini...
Selepas urusan di Kem Gajah  pemandu teksi membawa kami ke masjid terbesar di daerah Songkhla.
Masjid Jamek Songkhla juga menempatkan Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla.
Terletak ditengah-tengah sawah padi dan menjadi mercu tanda Islam di bumi Hatyai/Songkhla...
Hasil google akak juga mengatakan yang masjid ini terkenal di kalangan rakyat Malaysia..
Rupanya di sini mudah untuk bernikah senyap-senyap...
Nasib masa akak pergi haritu tidak terjumpa pulak dengan orang Malaysia...

Oleh kerana kami nak cepat memang ambil gambar dari luar sahaja...
Kalau nak tengok apa yang ada di dalam pergi ke blog ini :- Central Mosque of Songkhla
Agak detail ceritanya sebab dia sempat juga bersembahyang di sini... 
Edisi kami di Hatyaini mungkin banyak gambar akak yang terselit...
Anak-anak kalau kita tak bergambar sekali lambat gerakannya..
Suami akak pulak semuanyapun kena pantas ....
Alasankan padahal ibunya teringin gak nak berposing...
Yeah... kami dah sampaipun kat sini...
Menurut satu blog yang akak baca masjidni boleh di lihat dari hotel yang tinggi Pekan Hatyai..
Memangpun masjidni besar dan terletak di tempat tinggi...

Alamat dan koordinat GPS kalau memandu kereta sendiri :-
(bukan nak pi menikah kat sana yerk)
Masjid Jamek Hat Yai
Niphat Songkhro 1 Rd,
Haadyai, Songkhla 90110, THAILAND
GPS Coordinates: N7.01537 E100.46967

Selepas kami melawat tempat ibadah orang Islam kami ke tempat ibadah penganut buddha...
Pemandu teksi bertanya terlebih dahulu sebelum membawa kami ke Kuil Buddha terbaring...
Oleh kerana dah sampai dan anak-anak juga jarang melihat kami bersetuju...
Patung Buddha berbaring ini terletak di Pulau Ko Yo yang teletak ditengah tasik Songkhla...
Semasa melalui jambatan itu sudah terlihat patung buddha berbaring itu dari jauh...
Patung buddha yang berwarna emas ini berada di Wat Pho Phranon Laem
Memang berkilauan sungguh...
Besar sangat patung buddha berbaringni...
Tapi tak tahuler patung terbesar ataupun tidak di Thailand...
Kiri dan kanan adajer patung-patung kecil  tapi tak teringinipun nak bergambar..
Dua orang budak merasmikan beg baru beli di Hatyai...
Bergambar di tepi tasik ...
Yang berbentuk siput dibelakangtu adalah akuarium Songkhla..
Kami tidak dapat melawat kerana hari isnin akuarium di tutup...
Sebelum sampai ke Pantai Samila juga singgah muzium juga ditutup...
Kiranya banyak juga tempat yang ditutup pada hari isnin di Songkhla...

Alamat :-
Wat Phranon Laem Pho
Mueang Songkhla District, Songkhla, Thailand

Dua tempatni kalau tidak pernah sampai bolehler tinggalkan jejak...
Tapi kalau tidak cukup masa boleh skipjer...
Selepas ini kami singgah pula ke Bukit Tang Kuan...
Apa istimewanya tempat ini kenalah tunggu...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 662