Wonton mee kini telah masuk dalam menu masakan Cho Zila. Entah berapa kali ingin mencuba akhirnya impian terlaksana gitu. Rupanya mudah amat dan yang penting anak-anak kata wonton mee ibu no 1. Kah... kah... kah... anak akak memang senang makan jadi semuapun sedap...
Memang suka wonton kering dari wonton sup..
Sesuka hati jadi abaikan comot sana sini..
Sesuka hati jadi abaikan comot sana sini..
Apa pasal wonton bukan wantan sebab nak bagi resipi abang Brian (Master Chef)..
Dia tulis wonton jadi entrini kita tulis wonton juga...
Akak dari tahun 90an masa duduk Ipoh lagi suka wonton mee. Rasa mee dia tu lain sikit... Bila datang sini susah nak dapat wonton mee sedap tapi adalah jumpa juga. Kalau di medan selera pasar raya selalu jumpa tidak sedap. Adik akak dah bagi resipini lama dah. Pernah ada entri pasal ini (RESIPI WANTAN MI CHO ZILA).. Teknik dia minyak bawang putih tu barulah rasa makan wonton mee...
Blog :- ABANGBRIAN
Bahan-Bahan Wonton Mee Sup
- mee sanggul/ yee mee (dicelur)
- sayuran hijau seperti Pak Choy
- 2 ketul kiub pati ayam
- wonton secukupnya (belum digoreng)
- 1st lada sulah
- 1st garam
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1sb minyak
- 500ml air
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak didalam kuali atau periuk yang sederhana besar.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan air.
- Masukkan kiub pati ayam dengan cara memecahkan kiub ayam dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kiub pati ayam juga boleh digantikan dengan menggunakan air rebusan ayam. Jika sudah menggunakan air rebusan ayam, masukkannya selepas menumis bawang putih tadi.
- Masukkan wonton dan rebus wantan sehinga masak (cara mengetahui wantan sudah masak dengan membelah sedikit bahagian perut wantan untuk melihat isi ayam atau udang sudah masak).
- Masukkan lada sulah dan garam.
- Masukkan sayur dan biarkan sehingga sayur masak seperti yang anda inginkan.
Apabila ingin menghidang, masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup yang panas maka jadilah Wonton Mee Sup. Hidangan ini sememangnya menyihatkan dan membuka selera bagi golongan yang sedang demam . Buat kamu yang inginkan resepi wantan, bolehhlah cuba melihat resepinya disini.
Akak guna resipi Abang Brian untuk sup sahaja. Mee guna (RESIPI WANTAN MI CHO ZILA) supaya dapat mee yang berkicap macam di kedai.. Cumanya tiada ayam, tiada sayur, semua itu hanya tayangan belaka kerana anak akak akan buang... Berharap juga nanti akan dibuat yang lebih sempurna untuk santapan diri sendiri...
SELAMAT MAKAN....
psss... harini genap 14 tahun anak syurga akak Mohammad Najmi bin Mohd Rafi dilahirkan ke dunia. Walaupun tanpa suara dan rengekan kerana sudah meninggal didalam perut namun kenangan itu tetap terpahat kukuh. Manakan tidak dia anak pertama yang akak kandung... Sudah pasti tetap teringat-ingat sampai hari ini walaupun kini telah mempunyai dua cahaya mata puteri. Syukur dengan kurniaan Allah, hanya dia yang maha mengetahui....
psss... harini genap 14 tahun anak syurga akak Mohammad Najmi bin Mohd Rafi dilahirkan ke dunia. Walaupun tanpa suara dan rengekan kerana sudah meninggal didalam perut namun kenangan itu tetap terpahat kukuh. Manakan tidak dia anak pertama yang akak kandung... Sudah pasti tetap teringat-ingat sampai hari ini walaupun kini telah mempunyai dua cahaya mata puteri. Syukur dengan kurniaan Allah, hanya dia yang maha mengetahui....