Selalu tertengok dari facebook dan blog kawan-kawan pasal Alive Art Gallery 3D Port Dickson. Akhirnya berkesempatan juga akak datang ke sini. Harapan sentiasa menggunung tinggi kalau sudah lama menyimpan hasrat. Apa kata akak pasal Alive Art Gallery 3D ini? Biasalah nanti dah habis tengok gambar baru kita cerita...
Info pasal Alive Art Gallery 3D Lukut Port Dickson
Harga Tiket :-
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM15
Waktu Operasi :-
Isnin hingga jumaat : 11.00 pagi hingga 11 malam
Sabtu, ahad dan cuti umum : 10.00 pagi hingga 11 malam
Alamat :-
No 38-40, Jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar
Lukut, Port Dickson
Mudah sahaja untuk mencari Alive 3D Art Galleryni. Kalau dah nampak Giant Lukut maksudnya kita sudah hampir sampai. Terletak berhadapan dengan Giant Lukut dan hanyalah deretan rumah kedai...
Kalau nampak lukisan sebegini maknanya betullah tempatnya..
Nasib Azalia ada mood bergambar..
Maalumlah datang ke sini kalau tiada mood bergambar memang rugi...
Rasanya inilah maskot Alive Art Gallery 3D PD..
Dik Ya nak curi pistol diaker!!
Sebelum masuk kita hendaklah menanggalkan kasut dan bayaran RM2 untuk simpanan loker..Wau dahlah bayaran masuk dikenakan, loker juga terpaksa berbayar.. Apa-apapun moh kita masuk ke dalam apa yang ada!!
Tak tahu nak beraksi macamana.... hentamjerler ...
Bagai pungguk rindukan bulan...
Gambar memang banyak tapi buat entri maklumat tentang Alive Art Gallery 3D cukuplah setakat ini dulu... Akan ada entri untuk gambar pulak, 2 entri lagi. Mabuk bergambar...