Quantcast
Channel: OUR WONDERFUL SIMPLE LIFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 662

Kenangan bersama sahabat Team Building Redang

$
0
0
Ini baru nak cerita pasal kisah team building..
Teruja nak tunjukkan keindahan Pulau Redang terlebih dulu...
Gambar sebenarnya datang dari kawan-kawan yang whatsapp ..
Akak juga ambil gambar menggunakan handphone sahaja...
Nak bawak kamera sangatlah lecehkan kitanni nak berxtvt....
Sekadar kenangan di masa akan datang...

Rombongan kami bertolak dari Hentian Putra pada hari khamis malam jumaat...
Jadi seawal pagi dah sampai ke Trengganu....
Singgah sembahyang subuh di Masjid Terapung..
Ya Allah lamanya akak teringin singgah di sini...
Syukur dah sekian lama barulah dapat ditunaikan...
Pemandangan indah di sini...
Memulakan perjalanan ke Redang Mutiara Resort...
Yang muda belia duduk di belakang...
Sebenarnya team buildingni bukan anjuran syarikat...
Team Building ini dikendalikan oleh PRIBUMI (Persatuan Remisier Bumiputera)
 Muka tak mandi tapi bergambar boleh ajer...
 Muka happy dah sampai ke Redang Mutiara ...
Alamak akak boleh lupa nak bawak spek hitam...
Dahler mata sepetjer...
 Berbincang sebelum acara dimulakan...
Ambil gambar juga jadi acara istimewa...
  Gembira bapak-bapak budak dah sampai sini yerk...
Sempat bersnorkelling sebanyak dua kali...
Ini tempat kali pertama kami bersnorkelling.. tak tau nama tempatnya..
Tapi seronok sangat sebab airnya sangat jernih dan ikan dia punyalah banyak...
Sebab dah lama tak ada xtvt begini mulatu rasa gabra...
Lepastu rasa tak nak naik...

Ini kisah hari kedua...
Pergi ke Taman Laut dan petangnya ada aktiviti team building yang sangat happening....
 Ini apa pulak kisahnyer entahler...
Bergambar dengan rakan sebilik dan juga kawan sekelas...
 Bergambar sebelum ke Taman Laut...
 Semua orang enjoy dan puas hati....
Jpm mak-mak budak nak bergambar pulak di sini...
 Entah apalah dibincangkan oleh otai-otai sahamni...

Acara terakahir ialah Bola Tampar pantai...
Macam-macam gelagat bolehkita tengok masani...
Aktiviti membina rakit dan juga naiknya tak sempat ambil gambar..
Sibuk sangat dan sebab aktviti melibatkan air tak berani nak bawak handphohne...
Ada gambar dari AJK tapi tak nampakpun masuk dalam whatsapp...
Apapun kami memang gembira berada di sini...
Berjumpa kawan lama dan baru...
Rindu dengan aktiviti begini suatu masa dahulu...
Malam terakhir di sini ada bbq yang simple tapi sedap jugalah...
Yang penting ada kambing bakar...
Kalau dia banyakkan lagi kuantiti nya lagi best....

Hari Terakhir kamipun dah nak balik...
Syh!!! kami dah nak balik Kuala Lumpur..
Ada rezeki kami datang sini lagi...

Tidak dapat singgah kemanapun sebabnya menunggu bas yang ditempah agak lewat sampainya...
Secara keseluruhan kalau PRIBUMI ada buat team building lagi mesti akak akan pergi..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 662