Moh kita berkenalan dengan satu tempat menarik untuk dilawati kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor. Di Setiawan ada satu Ladang anggur yang diusahakan oleh Puan Saloma. Selain daripada buah anggur di ladang seluas 1 ekar ini juga ada ditanam dengan buah fig dan lain-lain.
Selain boleh melawat ke ladang ini, Puan Saloma juga menjual benih anak pokok anggur dengan harga berpatutan. Rupanya dah lamapun ladang ini beroperasi dari tahun 2005. Pernah dengar tapi mungkin kurang minat jadi buat tak kisahjer.. Hinggalah adik akak hantar gambar dalam whatsapp keluarga tentang kunjungan mereka ke sini. Macam bestjer..
Seronok opah meronda dengan cucu-cucunya... Opah dengan sebahagian cucunya kerana anak akak dengan adik akak yang Bukit Jelutong tak balik kampung masatu.. Along yang dukung Nazrantu mesti berdebar tunggu keputusan SPM..
Inilah rupanya anggur di tanam.Baby Nazmipun excited tengok buah anggurkan...
Boleh petik sendiriker idak tidaklah akak bertanya.. yang tentu kena bayarler kalau nak beli anggur..
Ramai juga orang datang yer... Nazran dapat mainkertu?? Orang beli anggur tau bukan mainan...
Kalau ingin singgah ke Ladang anggur ini bolehlah singgah ke ladang anggur ini..
ALAMAT :-
LOT 2658 (belakang Restoran Nasa)
Batu 6, Lekir,
32020 Sitiawan,
Perak
Buka setiap hari 9 pagi hingga 6 petang (rehat dari 12.00 tengahari ke 2.00 petang)